Selasa, 13 Mei 2008

WAJAH JERNIH

Wajah-wajah jernih
ku sambut saban tahun
dengan seribu harapan
bersama harapan ibubapa.

Saban tahun mata laraku lihat
kejernihan dijauhi
kekeruhan arus perosak menjadi pilihan
melungsuri arus kehidupan
bersama kelodak maksiat
dan lumpur nafsu.

Rasa jemu ku lontar jauh
tawas keimanan ku tabur tanpa jemu
kerana kasih sayang membaluti sanubari
dan harapan yang ku genggam
agar kejernihan sentiasa terpelihara
untuk di hirup generasi mendatang.

1 ulasan:

umaq_eiman berkata...

mabruk ya akhil kareem..