Kali pertama saya melihat wajah ustaz Dahlan semasa saya menghadiri ijtimak umum Abim Perlis di Surau Tanjung Gorah, Repuh, Perlis, sekitar tahun 1986. Ijtimak tersebut adalah aktiviti mingguan Abim Perlis yang diadakan setiap hari jumaat sekitar jam 3 petang.
Ketika itu saya masih belajar di tingkatan 5 di Maktab Mahmud, Alor Setar. Pakcik-pakcik yang saya kenali mereka sejak beberapa tahun lalu mengajak saya ke ijtimak tersebut dengan menaiki van C20 Haji Hosni bin Osman. Selepas menunaikan solah jumaat di masjid Derga, saya dijemput oleh mereka di sebuah rumah bujang di Lorong Keriang, Derga, Alor setar.
Kami tiba di surau Tanjung Gorah lebih awal. Ada beberapa orang di atas surau. Bila saya menjejak sahaja kaki saya di surau itu mata saya terus terpadang kepada seseorang yang telah sekian lama saya tidak berjumpanya. Hampir kabur ingatan saya kepada orang sekampung saya itu. Kami masing-masing keluar dari kampung. Saya menyambung pelajaran di Alor Setar dan dia keluar bekerja di Mada Tambun Tulang, Perlis. Tentunya umurnya lebih daripada saya. Umurnya sebaya dengan pakcik-pakcik yang mengajak saya ke ijtimak. Jurang umur langsung tidak menghalang mereka menjadikan saya seperti sahabat karib mereka. Hati saya berasa begitu gembira sekali denga pertemuan itu.
Orang semakin ramai memenuhi ruang surau papan itu. Pelbagai lapisan duduk bersila di atas surau setia menanti kehadiran tuan guru dengan penuh ketenangan. Ada tua dan ada juga yang muda. Bahkan, ada juga kanak-kanak berkejaran di bawah surau. Semuanya berbicara dengan manis muka. Setiap wajah mengukir senyuman yang sangat indah. Bicara mereka juga sekadar didengari oleh teman yang bercakap sahaja. Suara dekah mahupun suara ngilai tawa tidak saya dengari. Suara-suara yang ada bagaikan suara sekumpulan lebah sedang terbang. Tidak juga saya lihat kepulan asap dari mulu-mulut mereka. Suasana itu amat mendamaikan. Tidak berapa lama rakan saya berbisik mengatakan Ustaz Dahlah sudah sampai. Mata saya terus beralih ke arah susuk tubuh yang sedang bersalaman dengan hadirin berhampiran muka pintu belakang sambil berjalan menuju ke hadapan surau. Dia mengenakan pakaian ala kadar sahaja. Memakai baju ala baju Raihan, berkain pelikat, berkopiah putih dan menyangkut sehelai serban nipis di atas bahu. Dia melihat semua hadirin di atas surau. Yang berada di laluannya dia bersalam dan yang lainnya dia mengangkat tangan dengan melemparkan senyuman manis darinya.
Beliau membacakan kitab asal berbahasa Arab. Selepas itu beliau menterjemahkannya dan menghuraikannya dalam bahasa Melayu pula. Sebahagian besar hadirin tunduk mencatat sesuatu dalam buku nota dengan tekun sekali. Biasanya kuliah tersebut sampai solah asar sahaja. Kadang-kadang disambung pula selepas solah asar. Setelah selesai penyampain kuliah, kebiasaannya ustaz Dahlan akan menjemput Ust. Omar bin Hj. Salleh membuat rumusan.
Mulai hari itu, jika tiada aral, saya akan bertanyakan Haji Hosni tentang kepergiannya ke Ijtimak tersebut. Jika ada kekosongan, tanpa segan silu saya mohon menumpang bersama mereka ke ijtimak.
Selasa, 26 Oktober 2010
Sabtu, 4 September 2010
TETAMU MULIA MAHU BERANGKAT

Marilah kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana kita dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T. hingga kini kita sudah berada di fasa akhir bulan Ramadhan. Dan berpeluang lagi meneruskan dan menyempurnakan ibadah dan ubudiah kita kepada Allah S.W.T. dalam bulan yang penuh berkat ini. Semoga kita semua mendapat rahmatnya, keampunannya dan dilepaskan daripada azab Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi di bahagian sepuluh yang akhir dalam bulan ramadhan ini. Insya Allah mudah-mudahan di dalamnya terdapat malam yang dikenali sebagai malam “lailatul Qadr”. Kelebihan malam tersebut seperti mana kita sedia maklum melebihi amalan dalam seribu bulan seperti mana yang difirmankan oleh Allah S.W.T. dalam surah al Qadr.
Al Imam al Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W.
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن النبي قال: "مَنْ قَامَ لَيلَةَ القَدْرِ إيماَناً واحْتِساَباً غُفِرَلَهُ ماَ تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Maksudnya: “Sesiapa yang bangun beribadah pada malam (lailatul Qadr) dengan penuh keimanan dan muhasabah diri akan diberikan keampunan (oleh Allah) terhadap apa-apa dosa yang telah lalu.
Bersempena Ramadhan ini juga tentunya ramai dalam kalangan kita umat Islam sudah mengkhatam 30 juzuk al-Quran. Bahkan ada yang sudah bebarapa kali mengkhatamnya. Atau sekurang-kurangnya InsyaAllah akan mengkhatamkannya sebelum berakhirnya Ramadhan ini. Alhamdulillah. Itu merupakan usaha yang sangat baik untuk membangunkan Ramadhan yang tentunya tercetus dari rasa keimanan kepada Allah. Usaha itu tidak seharusnya terhenti sehingga akhir Ramadhan sahaja sebaliknya mestilah diteruskan pada bulan-bulan yang berikutnya.
Di samping membaca al Quran, kita juga dituntut “tadabbur” yakni mengambil pengajaran serta petunjuk daripada ayat-ayat yang dibaca. Firman Allah S.W.T. dalam ayat 24; surah Muhammad, maksudnya:
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?"
Berdasarkan ayat tersebut al Imam Al Qurtubi dalam Tafsirnya (tafsir al Qurtubi); bahawa ayat itu menjadi dalil wajib “tadabbur” memerhatikan ayat-ayat al Quran untuk memahami maksudnya. Sehubungan dengan itu Dr.Majdi al Hilali menyatakan bahawa manusia sering berusaha memahami ucapan manusia yang dibaca atau didengar walaupun sukar. Maka mengapa pula kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ayat-ayat al-Quran yang merupakan kalam Allah yang terang dan jelas?
Al Quran bukan hanya mukjizat di sudut tatabahasa, gaya bahasa, kandungannya, kesesuainya pada semua zaman, bahkan al Quran juga mampu merubah hidup manusia dengan izin Allah. Iaitu merubah dari Jahiliah kepada Islam. Dari Jahil kepada kenal (makrifah) Allah. Dari memperhambakan diri kepada makhluk kepada memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Promosi hari raya makin galak di mana-mana. Hampir menenggelamkan tawaran-tawaran hebat di akhir ramadhan. Haruslah diingat, bahawa hari Raya dalam Islam bukan perayaan-perayaan biasa seperti yang disambut oleh masyarakat. Hari Raya dalam Islam adalah Ibadah. Hari Raya adalah wasilah melaksanakan ubudiah (perhambaan) kita kepada Allah Ta’ala. Walaupun kita dianjurkan bergembira dan bersuka ria pada Hari Raya, namun batasan syarak jangan dilupa. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan ketetapan Allah Ta’ala jangan pula kita alpa. Puasa kita ibadah, iftar kita ibadah, sahur kita ibadah, solah tarawikh kita ibadah, qiam ramadhan kita ibadah, tilawah al Quran ibadah dan Hari Raya yang akan disambut InsyaAllah juga ibadah. Tidak sewajarnya ibadah itu dinodai dan dikotori dengan perkara munkar. Jangan sekali-kali kita samakan sambutan Hari Raya dengan perayaan-perayaan lain dari Islam. Islam adalah Deen Allah Taala. Allah S.W.T. telah meletakkan dengan jelas garis pemisah itu. Marilah kita renungi ayat-ayat yang sering kita baca iaitu surah al kafirun maksudnya:
"Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah.Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."
Hari Raya dalam Islam jauh berbeza daripada perayaan-perayaan biasa yang lain. Perayaan-perayaan lain mendewa-dewakan dan mengagungkan makhluk, sebaliknya Hari Raya yang bakal kita sambut mengagungkan Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. Sambutan hari raya disambut dengan laungan takbir, tahlil, tahmid dan juga solat hari raya. Jelas sekali hari raya dalam Islam adalah ibadah dan ubudiah yang berteraskan akidah tauhid dan iman kepada Allah S.W.T. Hari raya dalam Islam bukan amalan tradisi sesuatu kaum, atau menciplak perayaan dari sesutu ajaran lain atau upacara-upacara khurafat yang diambil dari entah dari mana-mana sumber.
Laungan Takbir, Tahlil dan tahmid itu seharusnya terbit dari keimanan dan ketaqwaan yang mendalam. Benar-benar meyakini keagungan Allah dan kebesaran Allah. Keyakinan itu pula membuahkan perlakuan, tingkah laku, peribadi yang menerima pakai ajaran Allah. Mengikuti peraturan serta hukum-hukum yang ditentukan dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Terima dengan penuh redha dan penyerahan hati kepada Allah S.W.T.
Ramadhan pasti akan meninggalkan kita. Apakah Ramadhan yang berlalu dan yang berbaki dapat kita kutip bekal taqwa untuk hadapi hidup sebagai hamba. Yang pasti kita yang punya nyawa pasti akan mengadapNya.
Ahad, 15 Ogos 2010
TETAMU MULIA
Debaran menantinya sudah berakhir. Kini Dia bersama di mana-mana. Perasaan bercampur baur; seronok pun ada, terharu pun ada. Seronok kerana sekali lagi diberi peluang bertemu dengannya. Terharu kerana kebaikan dan kemuliannya. Hajat di hati biar bersamanya. Tidur bersamanya. Makan bersamanya. Apa-apapun bersamanya.
Dulu, melalui Dia dihadiahkan berupa kata-kata yang Qadim; tiada siapa pun jemu mendengarnya, kepada umat manusia. Kata-kata yang penuh dengan mukjizat. Kata-kata yang menjadi petunjuk dan cahaya. Sesiapa yang mengikutinya pasti selamat. Sesiapa yang mengikutinya pasti tidak akan sesat. Sesiapa yang mengikutinya pasti berada di atas hakikat. Sesiapa yang memakai kata-kata itu akan menyelamatkannya dari terjerumus ke lubang api yang membara panasnya yang tidak terperi. Itulah janjiNya Yang Maha Berkuasa.
Dia mengajar sesiapa yang menerimanya sebagai tetamu, supaya sentiasa dekat dengan Pencipta. Dia mengajarkan bahawa Allah sentiasa bersama. Allah di mana-mana. Allah sentiasa memerhati. Ada yang ditugaskan merakam segala tindak-tanduk. Walau sekecil manapun tetap dia akan rakamkan. Yang buruk dimasukkan dalam peti ‘Sijjin’ dan yang baik pula di simpan dalam peti ‘Illiyin’. Justeru Dia mengajar keikhlasan dan ketaqwaan setiap tindak tanduknya. Sesiapa yang mengenalinya dan menjadikannya tetamu tidak akan berani mengelat.
Dia amat baik hati. Dia datang untuk mengajak manusia meninggalkan kejahatan. Dia tutup semua pintu-pintu kejahatan. Gelora nafsu yang membuak-buak dikurangkan. Siapa yang mengenalinya dan menerimanya sebagai tetamu pasti malu amat berbuat jahat di hadapannya. Walaupun senyuman tidak pernah lekang di bibirnya, namun jiwa yang bersih pasti akan malu melakukannya lebih-lebih lagi ketika dia bertamu di rumah.
Dia juga membuka seluasnya pintu kebaikan. Dia amat menggalakkan membuat kebajikan dan kebaikan. Sesiapa yang buat kebajikan walaupun kecil tetapi insentifnya amat besar. Tidak ada siapa pun tahu apakah insentifnya itu melainkan Allah jua. Mereka yang sedar kebaikan tersebut pasti tidak kenal kenyang dengan ibadah ketika ia bertamu. Mereka akan akan laksanakan kebajikan dan ibadah tanpa rasa jemu dan puas.
Semasa dia datang bertamu, pintu-pintu penjara yang memuatkan orang-orang yang sombong di tutup sementara. Penjara itu adalah jurang yang dipenuhi dengan api. Api itu pula amat panas. Panasnya melebihi tujuh puluh kali ganda kepanasan yang kita rasai di dunia ini. Di dalam Penjara Api itu ada sepohon pokok. Buahnya pahit amat dan busuk sangat. Buahnya penuh dengan duri. Lantaran dahaga yang amat dan lapar yang amat, penghuni penjara itu tidak pedulikan pahit mahupun busuk. Mereka akan makan dengan lahapnya. Mereka menyuapkan buah itu ke dalam mulut mereka dengan gelojoh sekali. Akibat makan buah itu perut mereka mencair lantaran duri dan panas buah itu. Namun pintu Penjara Api yang amat mengerikan itu ditutup sementara ketika dia bertamu. Itulah baiknya Dia.
Dia juga mengajak sesiapa yang dia bertamu supaya berbuat baik dengan fakir miskin. Tolong mereka. Bantu mereka. Itulah yang Dia ajarkan setiap kali Dia datang. Setiap orang mesti menghulurkan sumbangan berupa makanan untuk fakir miskin. Orang fakir dan orang miskin sepatutnya berterima kasih kepadanya.
Dia juga mengajar tentang penjagaan kesihatan. Dia ajar cara diet yang betul. Dia mengajar cara makan yang betul. Dia mengajar supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat makanan anugerahNya. Dia mengajar supaya memohon rahmat kepadaNya setiap makanan yang mahu dijamah. Semua nikmat yang kita jamah hanyalah anugerah daripadaNya. Justeru tidak layak untuk kita bersikap sombong dengan apa yang kita miliki. Dietetik tentunya mendapati cara diet yang diajarkannya itu adalah amat baik untuk kesihatan.
Sebelum dia pulang dia menghadiahkan satu malam yang paling Istimewa. Malam yang amat mulia. Malam yang dipenuhi kebaikan sehingga tidak ada satu malam pun yang menyamainya. Malam itu terlalu istimewa sehingga satu malam itu sahaja boleh menyamai kebajikan 83 tahun. Hanya orang yang terpilih sahaja akan memperolehinya. Orang yang terpilih tentunya orang yang bersedia dari awal. Orang yang tepilih tentulah orang yang mendambakannya. Orang yang terpilih tentunya orang yang amat mengharap-harapkannya.
Itulah Tetamu Mulia yang sedang bertamu. Hanya Allah jua yang memberikan keupayaan untuk terimainya sebagai tetamu yang paling istimewa. Yang pasti masanya akan tiba untuk dia berangkat meninggalkan kita. Amat rugilah kalau kehadirannya tidak diambil peluang dengannya. Rugilah semasa Dia datang tak sempat dapat rekomendasi darinya untukNya. Rugi kerana terlepas segala hadiah dan ganjarannya. Rugi kerana terlepas memperolehi kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan menatap wajah Kekasih yang Agung. Rugi kerana terlepas dari tarbiah keikhlasan dan ketaqwaan. Kepada Allah berserah segalanya.
Dulu, melalui Dia dihadiahkan berupa kata-kata yang Qadim; tiada siapa pun jemu mendengarnya, kepada umat manusia. Kata-kata yang penuh dengan mukjizat. Kata-kata yang menjadi petunjuk dan cahaya. Sesiapa yang mengikutinya pasti selamat. Sesiapa yang mengikutinya pasti tidak akan sesat. Sesiapa yang mengikutinya pasti berada di atas hakikat. Sesiapa yang memakai kata-kata itu akan menyelamatkannya dari terjerumus ke lubang api yang membara panasnya yang tidak terperi. Itulah janjiNya Yang Maha Berkuasa. Dia mengajar sesiapa yang menerimanya sebagai tetamu, supaya sentiasa dekat dengan Pencipta. Dia mengajarkan bahawa Allah sentiasa bersama. Allah di mana-mana. Allah sentiasa memerhati. Ada yang ditugaskan merakam segala tindak-tanduk. Walau sekecil manapun tetap dia akan rakamkan. Yang buruk dimasukkan dalam peti ‘Sijjin’ dan yang baik pula di simpan dalam peti ‘Illiyin’. Justeru Dia mengajar keikhlasan dan ketaqwaan setiap tindak tanduknya. Sesiapa yang mengenalinya dan menjadikannya tetamu tidak akan berani mengelat.
Dia amat baik hati. Dia datang untuk mengajak manusia meninggalkan kejahatan. Dia tutup semua pintu-pintu kejahatan. Gelora nafsu yang membuak-buak dikurangkan. Siapa yang mengenalinya dan menerimanya sebagai tetamu pasti malu amat berbuat jahat di hadapannya. Walaupun senyuman tidak pernah lekang di bibirnya, namun jiwa yang bersih pasti akan malu melakukannya lebih-lebih lagi ketika dia bertamu di rumah.
Dia juga membuka seluasnya pintu kebaikan. Dia amat menggalakkan membuat kebajikan dan kebaikan. Sesiapa yang buat kebajikan walaupun kecil tetapi insentifnya amat besar. Tidak ada siapa pun tahu apakah insentifnya itu melainkan Allah jua. Mereka yang sedar kebaikan tersebut pasti tidak kenal kenyang dengan ibadah ketika ia bertamu. Mereka akan akan laksanakan kebajikan dan ibadah tanpa rasa jemu dan puas.
Semasa dia datang bertamu, pintu-pintu penjara yang memuatkan orang-orang yang sombong di tutup sementara. Penjara itu adalah jurang yang dipenuhi dengan api. Api itu pula amat panas. Panasnya melebihi tujuh puluh kali ganda kepanasan yang kita rasai di dunia ini. Di dalam Penjara Api itu ada sepohon pokok. Buahnya pahit amat dan busuk sangat. Buahnya penuh dengan duri. Lantaran dahaga yang amat dan lapar yang amat, penghuni penjara itu tidak pedulikan pahit mahupun busuk. Mereka akan makan dengan lahapnya. Mereka menyuapkan buah itu ke dalam mulut mereka dengan gelojoh sekali. Akibat makan buah itu perut mereka mencair lantaran duri dan panas buah itu. Namun pintu Penjara Api yang amat mengerikan itu ditutup sementara ketika dia bertamu. Itulah baiknya Dia.Dia juga mengajak sesiapa yang dia bertamu supaya berbuat baik dengan fakir miskin. Tolong mereka. Bantu mereka. Itulah yang Dia ajarkan setiap kali Dia datang. Setiap orang mesti menghulurkan sumbangan berupa makanan untuk fakir miskin. Orang fakir dan orang miskin sepatutnya berterima kasih kepadanya.
Dia juga mengajar tentang penjagaan kesihatan. Dia ajar cara diet yang betul. Dia mengajar cara makan yang betul. Dia mengajar supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat makanan anugerahNya. Dia mengajar supaya memohon rahmat kepadaNya setiap makanan yang mahu dijamah. Semua nikmat yang kita jamah hanyalah anugerah daripadaNya. Justeru tidak layak untuk kita bersikap sombong dengan apa yang kita miliki. Dietetik tentunya mendapati cara diet yang diajarkannya itu adalah amat baik untuk kesihatan.
Sebelum dia pulang dia menghadiahkan satu malam yang paling Istimewa. Malam yang amat mulia. Malam yang dipenuhi kebaikan sehingga tidak ada satu malam pun yang menyamainya. Malam itu terlalu istimewa sehingga satu malam itu sahaja boleh menyamai kebajikan 83 tahun. Hanya orang yang terpilih sahaja akan memperolehinya. Orang yang terpilih tentunya orang yang bersedia dari awal. Orang yang tepilih tentulah orang yang mendambakannya. Orang yang terpilih tentunya orang yang amat mengharap-harapkannya.
Itulah Tetamu Mulia yang sedang bertamu. Hanya Allah jua yang memberikan keupayaan untuk terimainya sebagai tetamu yang paling istimewa. Yang pasti masanya akan tiba untuk dia berangkat meninggalkan kita. Amat rugilah kalau kehadirannya tidak diambil peluang dengannya. Rugilah semasa Dia datang tak sempat dapat rekomendasi darinya untukNya. Rugi kerana terlepas segala hadiah dan ganjarannya. Rugi kerana terlepas memperolehi kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan menatap wajah Kekasih yang Agung. Rugi kerana terlepas dari tarbiah keikhlasan dan ketaqwaan. Kepada Allah berserah segalanya.
Langgan:
Catatan (Atom)